Huruf-Huruf Umlaut dalam Bahasa Jerman
Saya sedang menyambung pengajian tinggi di negara German. Sepreti kebanyakan pelajar pengajian tinggi yang lain, kami menggunakan komputer riba(laptop) untuk membuat kerja-kerja pengajian. Satu isu yang saya ingin tulis di sini ialah penggunaan huruf umlaut. Huruf-huruf umlaut ialah huruf tertentu yang digunakan dalam Bahasa Jerman. Antaranya ialah Ä/ä, Ö/ö, dan Ü/ü. Terdapat juga huruf esset, iaitu ß. Isunya ialah papan kekunci(keyboard) komputer riba saya tidak mempunyai huruf-huruf umlaut tersebut, kerana saya membeli komputer riba ini di Malaysia. Walaupun terdapat cara penyelesaian terhadap isu ini, saya memilih jalan mudah untuk menulis huruf umlaut tersebut di dalam blog ini, jadi sekiranya saya ingin menggunakan huruf-huruf tersebut, saya hanya perlu membuka blog ini dan terus salin(copy and paste) huruf umlaut yang saya ingin gunakan. Jadi itulah tujuan saya menulis huruf umlaut ini. terima kasih kerana membaca!
Comments
Post a Comment