Pengalaman Belajar di SAM Bestari
Bismillah assalamualaikum. Nama aku Fathi. Bekas pelajar SAM Bestari Subang Jaya Selangor. Aku masuk mula dari waktu tingkatan 1 sampai la habis tingkatan 5(sebenarnya tak habis betul pun tapi panjang cerita dia, aku akan cerita nanti haha). Ini blog pertama aku, jadi minta maaf kalau macam bosan atau tak menarik, tapi aku cuba untuk ceritakan pengalaman aku belajar di SAM Bestari semenarik yang mungkin la.
Pengalaman Pertama
Jadi aku akan mula dengan pengalaman tingkatan satu. Aku ni dulu second intake. Jadi tak merasa la belajar sana dari awal sebenarnya. Tapi tak jauh pun, aku masuk masih dalam bulan Januari juga. Nak jadi cerita, first impression yang aku ada dekat SAMBEST ni ialah keadaan dia yang sangat senyap dan sunyi sepi teramat. Benda ni jugak sebenarnya dah jadi macam trademark untuk first impression dekat sesiapa yang pertama kali jejak kaki dekat sekolah ni. Suasana dia series sunyi macam takde orang atau macam sekolah terbiar walaupun sebenarnya proses pembelajaran memang masih tengah berlangsung di siang hari. Bila aku dah mulakan sesi pembelajaran pertama aku, benda paling besar aku perasan ialah tempo pembelajaran dekat SAMBEST ni sangatlah laju. Aku dapat rasa tau beza aku belajar dekat sekolah lama(first intake) aku dulu dengan SAMBEST ni. Memang flow dia laju kaw-kaw. Aku sampaikan rasa rugi kalau nak keluar tandas, sebab memang akan tertinggal banyak benda yang cikgu ajar. Tapi jangan risau, aku yakin kalau korang dah dapat masuk SAMBEST, maksudnya memang korang patut dapat tangkap punya la flow pembelajaran dekat sana. Cuma kena fokus je ha.
Dari segi kawan-kawan pulak, mungkin berbeza ikut batch, tapi kawan-kawan dekat SAMBEST sangatlah baik ye. Bukan baik yang 'baik', tapi baik yang 'BAIK'. Tak faham? Okay la korang bayangkan, aku dari tadika, sekolah rendah, sampailah sekolah menengah first intake, semuanya sekolah agama. Tapi walau macam tu sekali pun, aku masuk SAMBEST, terus culture shocked dengan kawan-kawan dekat sana. Jadi aku memang ambil masa betul untuk sesuaikan diri. Mungkin sebab diorang dah diasah untuk ikut peraturan dan berakhlak mulia daripada sesi ice breaking yang aku tak join, aku pun tak pasti. Tapi point aku dekat sini, korang perlu cuba untuk bersedia menerima kritikan kalau korang punya perangai tak matching atau tak sampai standard diorang. Walaubagaimanapun majoriti kawan-kawan dekat sana memang sangat ramah dan helpful la jadi korang jangan risau.
Untuk persaingan pulak, memang lain macam. Kalau korang perform waktu korang sekolah rendah, jangan ingat korang akan perform dekat SAMBEST. Sebab semua dekat sana top students, jadi memang akan ada persaingan yang sangat kuat. Dekat sinilah korang akan jumpa budak yang perform walaupun tido dalam kelas, budak yang dapat A je memanjang walaupun tak pernah nampak dia study, budak yang nampak banyak main dan tidur je dekat asrama tapi exam straight A, dan apa yang aku cakap tadi memang aku sendiri yang nampak dan bukan seorang dua ya. Tapi tak perlu cuak la sebab korang akan jumpa juga budak yang memang baca buku je siang malam dan yang jenis biasa-biasa macam aku. Jadi relax je, study je macam korang bole buat. Untuk awal-awal belajar dekat SAMBEST ni, apa yang aku boleh nasihat ialah cuba cari kawan yang bagus. Aku tak maksudkan secara spesifik kawan yang ikut peraturan atau belajar sepanjang masa, tapi cuba cari kawan yang bole bawa korang untuk stay dalam suasana yang improve diri korang la. Sebab dekat SAMBEST semua pelajar wajib duduk asrama. Jadi mak ayah korang dah takde untuk jaga korang, jadi kawan-kawan la yang akan banyak mempengaruhi korang punya arus hidup dekat sana nanti. Cuba la cari kawan yang macam satu kepala dengan korang tapi dalam masa yang sama dia tu juga bole bawa untuk pergi study dan jadi pelajar yang okay la macam tu.
BEST ke SAMBEST?
Aku ada dapat beberapa soalan macam ni daripada saudara-mara aku. Biasanya aku jawab "biasa je". Tapi aku akan bagitau dekat korang kenapa SAMBEST ni memang the BEST sekolah yang korang boleh pilih haa. Jadi pertama sekali, SAMBEST ni dia dekat tengah-tengah bandar tau, dan dia jugak dekat tengah-tengah kawasan perumahan elit. Jadi kawasan sekolah ni sangat selamat sebab dia dikelilingi oleh pengawal keselamatan. Selain itu, sekolah ni juga dikenali dengan pusat untuk 3S. Subang Parade, Sunway Piramid, dan Summit. Jadi korang boleh la outing dengan mak ayah korang setiap waktu melawat untuk meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Yang penting jangan terbang yer ha gitew. SAMBEST ni jugak sangat dekat dengan stesyen bas Selangorku yang percuma untuk dinaiki oleh semua orang(kalau ikut pengalaman terkahir aku lah). Korang keluar pintu pagar sekolah, jalan kaki lebih kurang 50 meter, jumpa pintu pagar perumahan, dan dekat situlah stesyen basnya. Jadi senang lah kalau korang nak balik rumah naik bas, KTM, atau LRT. Nak tunggu pun selamat sebab ada pengawal keselamatan yang jaga dekat situ.
SAMBEST ni jugak aku suka sebab natural view dia yang cantik. Banyak pokok-pokok rendang yang boleh berteduh, ada taman anggur, tumbuh-tumbuhan hijau, dan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi oleh pekebun-pekebun yang bekerja di sana(terima kasih pekerja kebun SAMBEST). Pihak sekolah sangat mementingkan kelestarian alam dan selalu menganjurkan kempen tanam pokok atau bina taman kecil di kawasan sekolah(dan pelajar-pelajar sekolah ialah pesertanya!). Jadi aku sangat suka dengan usaha pihak sekolah yang menjaga kecantikan semula jadi dekat situ. Satu benda yang aku tak boleh nak explain bila tengok view nature ni ialah rasa tenang atau relax yang akan ada bila tamat sesi persekolahan dan menjelang waktu petang. Memang vibe dia sangat santai dan menghilangkan stress belajar. Ada budak yang akan pergi turun main padang, ada yang turun gelanggang bola tampar, sepak takraw, badminton, dan tak lupa juga ping-pong. Mungkin dengar macam menarik dan meriah kan, tapi memang betul menarik dan meriah pun. Ada jugak budak yang akan lepak-lepak dekat surau, mengaji, borak-borak, tidur, dan baca komik atau novel. Ada pulak yang suka luangkan masa petang dengan cuma berehat je dekat dorm masing-masing. Sekadar baring hilangkan penat, tengok orang main bola tampar dari dalam dorm, sembang-sembang dengan kawan, dan kadang-kadang main carrom!(pihak asrama ada sediakan) Aku kadang-kadang akan habiskan masa petang aku dengan baring dekat atas bangku di luar surau asrama dengan pakaian sekolah masih belum ditukar sambil menikmati pemandangan rimbunan daun hijau dan langit biru ditemani angin manja dan kicauan burung. Waktu petang ni lah waktu yang aku rasa sangat relaxing dan tenang sepanjang hari-hari di SAMBEST, dan waktu ni jugaklah waktu yang paling cepat aku rasa berlalu.
Untuk kes buli, jangan risau. Kes buli SAMBEST sangatlah berada di bawah paras yang meresahkan. Tipu la kalau kata takde langsung. Tapi aku jamin dekat korang, kalau korang stay behave and tak buat apa-apa masalah, memang takde apa lah. Aku yang banyak buat masalah waktu form 1 form 2 pun takdelah kena buli yang sampai sakit sampai pagi esok ke apa. Setakat kena denda mencangkung, tolak-tolak tu ada lah. Biasanya senior-senior dekat situ bukannya nak buli korang pun, tapi bosan tak tau nak buat apa jadi diorang pun saje la nak attention korang tunjuk lagak hebat sikit. Kalau tak bosan la hidup diorang macam tu la gamaknya aku pun tak faham haha. Jangan takutlah senang kata, pihak sekolah pun sangat ambil berat kes-kes buli dekat asrama ni. Kalau nak banding dengan tahap kes buli sekolah lama aku, memang sangat jauhlah beza dia ya. Sangat beruntung aku duduk asrama SAMBEST. Satu benda yang aku boleh cakap, buli-buli kecil yang korang akan hadapi tu nantilah yang akan jadi bahan untuk gelak ketawa bila korang dah besar nanti. Waktu kena tu memang pedih rasa, tapi tu lah yang akan jadi core memory korang nanti haha.
SAMBEST ni bagi aku sangat bernilai di mata seorang pelajar sekolah menengah tau. Sebab dekat sekolah ni korang akan terdedah dengan sangat banyak pertandingan dan program yang boleh korang sertai untuk menaikkan markah kokurikulum korang. Aku tak silap ada sekurang-kurangnya dua sijil peringkat antarabangsa yang aku peroleh. Sijil peringkat kebangsaan aku tak ingat berapa tapi yang pasti lebih daripada lima. Kalau negeri tak payah cakap la haha. Dan aku sebenarnya boleh je lagi nak tambah, cuma aku taknak la dilabel sebagai orang yang kejar markah kokurikulum, dan dalam masa yang sama nak kasi peluang dekat orang lain untuk tambah mata kokurikulum mereka. Aku juga bukannya top student atau orang yang berjawatan tinggi dekat SAMBEST, aku hanyalah pelajar biasa. Maksudnya korang masih boleh sertai semua pertandingan dan program berstatus tinggi macam tadi, kalau korang pandai rebut peluang yang ada. Aku bagitau terus la, antara bidang yang korang boleh ceburi untuk capai peringkat kebangsaan atau antarabangsa dekat SAMBEST ni; Kawad kaki, Taekwando, Robotik, Debat, dan Matematik(Olympiad). SAMBEST juga banyak terima tawaran program peringkat kebangsaan dan negeri seperti persembahan budaya, persembahan hari kemerdekaan, hari sukan negara, program selawat perdana, dan macam-macam lagi, yang korang boleh ada sekurang-kurangnya sijil penyertaan, dengan cara korang cuma perlu mendaftar sahaja. Aku bagitau ni tujuan asalnya bukan nak suruh korang kejar markah kokurikulum tu pun, tapi untuk kutip pengalaman berharga yang korang akan dapat kalau korang gunakan peluang tu sebaik yang mungkin. Korang nampak aku tulis panjang lebar bab ni, faham-fahamlah korang aku nak cakap betapa pentingnya pengalaman tu semua. Banyak lagi benda 'BEST' yang aku bole cerita dalam bab ni, tapi aku ringksakan je la haha.
Terakhir untuk benda BEST dekat SAMBEST ialah bi'ah solehah yang ada dekat sini. Aku series rasa sangat bersyukur sebab Allah pilih aku untuk jadi pelajar SAMBEST. Dekat sinilah aku banyak berubah dari seorang manusia yang kurang elok menjadi orang yang faham agama. Apa yang aku suka pasal ni sebab SAMBEST punya didikan dalam agama tu sangat kuat, tapi tak sampai tahap syadid atau melebih. Dia masih didik kita ikut jalan yang betul dengan bersungguh-sungguh, tapi masih dalam cara yang santai dan mengikut kebiasaan kita sebagai pelajar remaja yang biasa. Pihak-pihak kebajikan agama sangat memainkan peranan diorang dengan baik sepanjang aku ada dekat sana. Benda basic macam solat berjemaah di awal waktu, zikir harian, tazkirah, bacaan al-Waqi'ah dan al'Mulk, serta aktiviti surau memang sangat diterap kuat oleh pihak kebajikan agama di SAMBEST. Dan tak cukup dengan tu, pihak kebajikan agama akan adakan program-program keagamaan tambahan seperti zikir tambahan selepas bacaan al-Waqi'ah, bacaan selawat selepas Isya', majlis ilmu sebelum waktu tidur, dan bermacam-macam lagi. Semua penerapan keagamaan yang saya lalui sepanjang berada di sana sangatlah mengubah hidup saya sehingga ke hari ini. Dan yang paling best, saya langsung tak rasa terbeban dengan semua program keagamaan yang diadakan malah rasa sangat seronok dan rindu nak buat lagi (;
Benda yang tak BEST dekat SAMBEST?
Mustahil la kalau kata semua benda dekat sini perfect kan. Aku akan senaraikan beberapa perkara yang aku kurang gemar dekat sini secara ringkas, supaya korang boleh perbaiki benda ni di masa yang akan datang. Pertama, kebersihan. Sebenarnya tahap kebersihan dekat SAMBEST takde lah sampai tahap teruk. Cumanya bagi aku dia masih tak sampai tahap standard yang diharapkan daripada sebuah sekolah agama berstatus Kluster Kecemelangan. Lebih-lebih lagit tandas ya. Kedua, sekolah ni sangat susah nak dapat cuti. Isu yang sama aku hadap daripada form 1 sampai form 5, memang susah betul nak ada cuti yang macam betul-betul cuti. Mesti ada je kelas-kelas atau program-program pelik yang nak diselit sewaktu hari cuti, dan kalau ada jerebu atau penyakit berjangkit yang melanda, memang cuti tu solusi terkahir lah sekolah boleh pilih. Aku difahamkan cuti ni bukan bawah kuasa sekolah untuk diberikan, tapi sekurang-kurangnya mesti ada sesuatu yang boleh diusahakan, betul atau tidak haha. Ketiga, pengendalian atau pengurusan beberapa hal yang berkaitan dengan asrama perempuan. Aku dengar ada banyak masalah mengenai sistem kelas persediaan(kelas prep) terutama waktu malam, tempat solat muslimat, dan macam-macam lagi yang aku tak ambil tahu. Aku ni jenis yang tak suka ambil tahu pasal benda yang tak berkaitan dengan aku, tapi isu ni sangat hangat diperkatakan sampai aku pun boleh tahu haha macam tu. Hal ehwal pelajar lelaki aku rasa takde masalah sangat, setakat kena ban main padang dan takde tupperware buka puasa tu bukan hal besar sangat lah. Jadi aku harap semua isu yang aku sebutkan tu telah pun ditambah-baik oleh pelajar-pelajar SAMBEST sekarang dan pihak pengurusannya, dan aku ada juga perkara-perkara kecil yang aku tak suka contoh macam selalu kena roll-call, rambut kena pendek, dan masalah air, yang mana aku tak salahkan pihak sekolah mahupun pihak pelajar.
Penutup
Makanya aku harap korang bolehla meneruskan legasi SAMBEST ye. Series BEST dan korang akan merasa la dia punya BEST tu. Aku tak jamin korang akan sentiasa rasa seronok je dekat sana, tapi aku jamin korang akan bawa pulang satu kenangan terindah dalam hidup korang ha gitu. Dan untuk korang yang risau sebab sekolah ni sekolah hebat, semua pelajar dia power-power, takut tak perform, itu dan ini, takde maknanya. Aku yang second intake ni pun ok je dapat PT3 8A 3B, SMA Mumtaz sofi 98.2%, SPM 11A tapi tak straight A plus la haha. Korang kena faham aku ni bukan top student yang memang kerja score je memanjang. Aku memang struggle terok dan berusaha bersungguh-sungguh sampai merecik hawau untuk dapat result macam tu. Cikgu-cikgu dekat SAMBEST are the BEST and diorang memang akan guide korang kaw-kaw dari A-Z. Kalau ada cikgu yang taknak ajar, korang report je dekat aku, biar aku sendiri report cikgu tu dekat pengetua haha. Cikgu punya manpower dekat SAMBEST series aku cakap awal memang another level la. Setakat datang sekolah mengajar waktu sarat mengandung, buat kelas tambahan lepas solat subuh(literally lepas solat subuh start kelas tambahan), kelas tambahan waktu malam sampai supper, itu semua benda biasa lah. Korang jangan risau. Tinggal korang je study elok-elok. Satu benda ayah aku pernah cakap yang aku pegang sampai sekarang, kalau korang berjaya masuk satu sekolah tu, maksudnya korang memang terpilih untuk berada dekat situ, dan korang memang ada kemampuan untuk berjaya dekat situ. Tinggal kita je yang perlu usaha untuk sampai dekat tahap yang kita nak. Ha jadi korang yang nak masuk SAMBEST, saya sangat recommend kaw-kaw, ikhlas dari hati bukan paid review. Untuk nasihat saya simpulkan, pilih kawan yang betul, rebut peluang yang ada, usaha untuk tambah ilmu, percaya pada diri sendiri dan pada Allah. Dan untuk kawan-kawan yang nak masuk ke SAMBEST sebagai form 4 baru, korang mungkin akan hilang status korang sebagai top student dan akan culture shocked dengan suasana di SAMBEST ni. Kalau ikutkan memang ada segmen khas aku nak buat untuk form 4 baru yang nak pindah masuk, tapi aku nak buat artikel ni seringkas yang mungkin haha. Ini pun dah panjang berjela ni. Jadi terima kasih kerana membaca, semoga ada manfaat. Assalamualaikum.
p/s: aku lupa pasal aku nak cerita kenapa aku unofficially habis form 5 awal. Sebenarnya kaki aku patah tengah-tengah musim aku ambil SPM, jadi aku pindah untuk tumpang sekolah yang dekat dengan rumah aku supaya senang mak ayah aku pergi balik hantar aku untuk duduki SPM haha. Jadi aku ni dah macam habis form 5 dekat SAMBEST lagi awal la dari kawan-kawan aku yang lain :D
p/s(2): aku baru perasan aku salah eja series. ejaan yang betul serius ye kawan-kawan.
Comments
Post a Comment