Posts

Huruf-Huruf Umlaut dalam Bahasa Jerman

Saya sedang menyambung pengajian tinggi di negara German. Sepreti kebanyakan pelajar pengajian tinggi yang lain, kami menggunakan komputer riba(laptop) untuk membuat kerja-kerja pengajian. Satu isu yang saya ingin tulis di sini ialah penggunaan huruf umlaut. Huruf-huruf umlaut ialah huruf tertentu yang digunakan dalam Bahasa Jerman. Antaranya ialah Ä/ä, Ö/ö, dan Ü/ü. Terdapat juga huruf esset, iaitu ß. Isunya ialah papan kekunci(keyboard) komputer riba saya tidak mempunyai huruf-huruf umlaut tersebut, kerana saya membeli komputer riba ini di Malaysia. Walaupun terdapat cara penyelesaian terhadap isu ini, saya memilih jalan mudah untuk menulis huruf umlaut tersebut di dalam blog ini, jadi sekiranya saya ingin menggunakan huruf-huruf tersebut, saya hanya perlu membuka blog ini dan terus salin(copy and paste) huruf umlaut yang saya ingin gunakan. Jadi itulah tujuan saya menulis huruf umlaut ini. terima kasih kerana membaca!  

Pengalaman Belajar di SAM Bestari

 Bismillah assalamualaikum. Nama aku Fathi. Bekas pelajar SAM Bestari Subang Jaya Selangor. Aku masuk mula dari waktu tingkatan 1 sampai la habis tingkatan 5(sebenarnya tak habis betul pun tapi panjang cerita dia, aku akan cerita nanti haha). Ini blog pertama aku, jadi minta maaf kalau macam bosan atau tak menarik, tapi aku cuba untuk ceritakan pengalaman aku belajar di SAM Bestari semenarik yang mungkin la.  Pengalaman Pertama Jadi aku akan mula dengan pengalaman tingkatan satu. Aku ni dulu second intake. Jadi tak merasa la belajar sana dari awal sebenarnya. Tapi tak jauh pun, aku masuk masih dalam bulan Januari juga. Nak jadi cerita, first impression yang aku ada dekat SAMBEST ni ialah keadaan dia yang sangat senyap dan sunyi sepi teramat. Benda ni jugak sebenarnya dah jadi macam trademark untuk first impression dekat sesiapa yang pertama kali jejak kaki dekat sekolah ni. Suasana dia series sunyi macam takde orang atau macam sekolah terbiar walaupun sebenarnya proses pembela...